Tuesday, December 1, 2020

OPPO DENGAN KERJASAMA TOURISM MALAYSIA MELANCARKAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI ‘BE A RENOGRAPHER’

Must read

Catch The Phenomenal Television Drama Series ‘Grey’s Anatomy’ As It Returns For Another Successive Season This November On Zee Cafe

Mumbai, December 01, 2020. Saying goodbyes are the worst but looking back at an 2020, nobody would bat an...

Watch All The 2020 Blockbuster Premieres In One Go With Flix Recap, This December Only On &flix

Mumbai, December 01, 2020. If you got nowhere to be and are now looking to spruce up your December...

राजस्थान के पहले व यंगेस्ट सिनेमा ब्लॉगर बने रौनित राज।

Jaipur, December 01, 2020. राजधानी जयपुर में रहने वाले 18 साल के रौनित राज का नाम सिनेमा केटेगरी के...

AMAZON PRIME VIDEO UNVEILS TRAILER OF VARUN DHAWAN-SARA ALI KHAN STARRER COOLIENO.1

Mumbai, November 28, 2020. Amazon Prime Video today unveiled the highly-anticipated trailer ofCoolie No. 1premieringexclusivelyon the streaming service. Directed...

KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2020.

OPPO, jenama peranti pintar terkemuka dunia dan Tourism Malaysia telah bekerjasama dalam melancarkan Pertandingan Fotografi ‘Be A RENOgrapher’. Dengan hadiah bernilai sehingga RM 129,000 untuk dimenangi, Pertandingan Fotografi ‘Be RENOgrapher’ bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menerokai kepelbagaian budaya dan keindahan Malaysia menerusi lensa kamera telefon pintar sekali gus memupuk minat fotografi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas melibatkan pengguna OPPO dan bukan OPPO, bermula dari 18 November 2020 hingga 20 Disember 2020. Bagi memberi ruang kepada para peserta dalam mencungkil bakat mereka, peraduan ini terbahagi kepada empat kategori yang berbeza: Clearly Your Best Night, Clearly Your Best Portrait, Clearly Your Best Creativity dan Clearly Your Best Landscape.

Clearly Your Best Night memberi tumpuan kepada perakaman pemandangan yang menawan dalam keadaan pencahayaan rendah, sementara Clearly Your Best Portrait memfokuskan kepada pengabadian semangat Malaysia dalam penggunaan mod potret. Di bawah kategori Clearly Your Best Creativity, peserta bebas menerokai kreativiti mereka dalam menghasilkan gambar di luar jangkaan, manakala Clearly Your Best Landscape memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi keindahan Malaysia.

Menerusi kolaborasi ini, Tourism Malaysia berharap penyertaan foto-foto destinasi dan tarikan di Malaysia yang diabadikan secara digital dapat mendorong dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dengan selamat di samping mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam mengharungi pandemik ini, kami percaya pelancongan domestik boleh menjadi penyelamat bagi industri pelancongan negara. Buat pertama kalinya pada tahun 2019, Malaysia telah mencatatkan perbelanjaan pelancongan domestik yang lebih tinggi berbanding pelancongan inbound, sebanyak RM92.6 bilion atau 50.9% daripada penggunaan pelancongan internal. Tourism Malaysia berharap Malaysia dapat kembali sebagai destinasi pilihan yang selamat buat semua para pelancong,” kata Encik Zulkifly Md Said, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

“OPPO sentiasa berusaha dalam menghasilkan peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini demi kemudahan para pengguna, termasuklah kecanggihan kamera di telefon pintar kami. Melalui RENO, kami ingin memberi inspirasi, mendorong, dan menyerlahkan bakat terpendam para pengguna dalam bidang fotografi,” kata Ray Wong, Pengurus Produk OPPO Malaysia.

More articles

Latest article

E-commerce collaboration in the agri-industry Bayer partners with BigHaat for last mile delivery of agri-inputs

Bengaluru, November 01, 2020. BayerCropScience Limited has signed a partnership with BigHaat, a leading agri-input e-commerce platform to enable...

Catch The Phenomenal Television Drama Series ‘Grey’s Anatomy’ As It Returns For Another Successive Season This November On Zee Cafe

Mumbai, December 01, 2020. Saying goodbyes are the worst but looking back at an 2020, nobody would bat an...

Amalgamation of Lakshmi Vilas Bank with DBS Bank India Limited

Mumbai, December 01, 2020. Lakshmi Vilas Bank (LVB) is now amalgamated with DBS Bank India Limited (DBIL), the wholly...

Watch All The 2020 Blockbuster Premieres In One Go With Flix Recap, This December Only On &flix

Mumbai, December 01, 2020. If you got nowhere to be and are now looking to spruce up your December...

राजस्थान के पहले व यंगेस्ट सिनेमा ब्लॉगर बने रौनित राज।

Jaipur, December 01, 2020. राजधानी जयपुर में रहने वाले 18 साल के रौनित राज का नाम सिनेमा केटेगरी के...
Live Updates COVID-19 CASES